Tentang Kami

Syarikat kami merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang menjalankan kegiatan cetakan dan sulaman pakaian,cetak dan printing sticker serta cenderamata korporat. Kami menawarkan pelbagai jenis pakaian untuk cetakan dan sulaman seperti T-Shirt Roundneck, T-Shirt Lacoste, Baju Muslimah dan Uniform.

Wawasan Syarikat

Memenuhi kehendak pelanggan dalam menawarkan pelbagai jenis pakaian serta cenderahati korporat khas untuk sebarang majlis atau upacara kepada organisasi swasta mahupun kerajaan dengan harga dan kualiti yang terbaik.

Misi Syarikat

Untuk mencapai wawasan kami, kami percaya kualiti produk pihak perlu diutamakan.Oleh itu, setiap jenis pakaian yang dihasilkan akan diperiksa terlebih dahulu tahap kualitinya sebelum dihantar kepada pelanggan kami.

Objektif Syarikat

1. Menawarkan jenis pakaian serta cenderahati korporat khas dengan harga dan kualiti terbaik.
2. Mendapatkan pelanggan baru dari semasa ke semasa disamping mengekalkan pelanggan sedia ada.
3. Menjadi sebuah syarikat 100% bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam dunia perniagaan yang sangat mencabar.
4. Menjadi pembekal tetap untuk pelbagai jenis pakaian serta cenderahati korporat khas di institut pengajian tinggi tempatan.